selamat !

selamat datang..
selamat meneroka...
selamat segala2xnya !

Thursday 3 October 2013

rasa sayang kepadamu

megalab ums ini . penuh dengan. kepelbagaian. persoalan. ragam. bunyi.


aku sedang memahami

bila aku paham. aku akan tidak akan .......... ah  sms daripada kawan pun sampai dan aku sudah pun reply... sms ini daripada anwar. beliau bertanya tentang keberadaanku pada masakini..... kau tidak mahu tahu? aku tidak pernah pun suruh kau baca dan tahu tentang ini.....

bilamana aku mulai paham

sedang berada diwaktu-waktu sukar.  tapi aku tahu aku tidak banyak membantu kamu... justeru aku faham... untuk apa kamu memudahkan ku.....

sepertiga hari. ....

inikah yang kuterima.... hanya untuk rasa yang aku panggil cinta. menunggu !

aku, bumi dan laci.

aku tahu aku sakit. aku tahu kamu sakit. aku tahu kita semua sakit. tapi inikan bumi. ia berputar. hubungan erat macam mana pun. dunia punya masa. masa berubah rasa berubah. bukan kemahuanku, aku juga rindu. aku juga sayang. tapi benda sudah pun berlalu. kau mahu aku membetulkan keadaan. aku juga mau kau membetulkan keadaan. mungkin kita sedang bermain permainan siapa mula dahulu. atau kita mahu menguji kemahuan siapa yang lebih kuat? ah.... bukan tidak sayang.. alasanku tiada. tapi percayalah. ini lah bumi. apapun. slagi hayat dikandung badan. aku tahu kamu tahu cari aku dimana. aku masih disitu. memegang rasa itu. cumanya tindak ku tidaklah semacam dahulu.... aku mahu jadi pemotong kuku yang diletak dilaci yang sama. bila aku diperlukan. kamu tahu aku dimana :)

Sunday 11 August 2013

ums lambang puncak jaya (episode 4)

Begitu begini, aku akhirnya telah pun berada di cuti semester 2 pengajianku. ahh, memang ringkas. banyak pengalaman yang aku lalui sepanjang bergelar pelajar di UMS ini. kadangkala, aku terleka dan alpa. sehinggakan membawa kepada terhasilnya keputusan yang kurang memberangsangkan. semua ini berlaku akibat keterlekaanku melakukan aktiviti-aktiviti yang ku kira memberangsangkan keseronokan ku.. (Ayat skrip cerekarama) berjumpa, bergaul dan beraktiviti dengan rakan baru sedikit sebanyak mencorakkan dan mewarnai lagi jalan ceritaku.    tapi pada tafsiranku corak yang terhasil bukanlah corak yang amat cantik. biasa sahaja.  mungkin kerana peribadiku yang mungkin anti-sosial. ahh... persetankan.

Monday 19 November 2012

ums lambang puncak jaya (episode 3)

aku masih ingat lagi semasa beberapa minit sebelum pukul 12 tengah hari dimana keputusan stpm boleh di semak menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas atau dalam bahasa mudahnya SMS. bedebar-debar rasa di dalam jiwa nuraga. rasanya lebih berdebar dari berdebarnya perasaan bila kantoi xsiap kerja rumah sejarah oleh guru subjek sejarah yang paling ranggi (cik R). terasa seakan-akan terpijak najis yang paling najis sifatnya di khalayak ramai bila dijerkah sedemikian rupa di dalam kelas, di hadapan rakan-rakan sekelas. tapi.... tapi itu hanya sementara, kerana aku yakin semua orang akan lupa apa yang terjadi pada minit itu selepas beberapa minit kemudian :) aku meyakinkan diri sendiri bahawa bukan aku sahaja yang tidak menyiapkan kerja rumah yang dibekalkan oleh beliau. serasanya persoalan kenapa beliau menerjah aku dan bukannya orang lain tidak patut wujud, kerana aku yakin beliau suka bergurau mesra dgn pelajar kacak seumpama aku.... :) berbalik kepada sms semakan keputusan stpm . aku bersama dengan beberapa orang yang juga merupakan calon stpm 2011 di sekolah yang sama denganku. handphone berbunyi menandakan sms jawapan  kalah mati meminta untuk dibaca. ketiga-tiga kami lulus. cukup-cukup makan. mungkin kalau ianya boleh diumpamakan seperti hidangan, samalah ia seperti nasi dan telur mata lembu. NGMP ku hanya 2.75.. tapi alhamdullillah.. rezeki untuk ke ipta masih dikurniakan kepadaku.. :) terima kasih ya RABB, terima kasih keluarga tercinta, terima kasih barisan guru-guru sk gum-gum kecil, terima kasih guru-guru smk elopura(b) terima kasih kawan-kawan....

p/s:UMS LAMBANG PUNCAK JAYA ;)

Friday 16 November 2012

ums lambang puncak jaya (episode 2)

  upsr(done) >pmr(done)> spm(done)> stpm(done)>ijazah sarjana muda(in progress)

   setakat ni, masa yang betul-betul aku xdapat lupakan adalah masa-masa tingkatan enam. SMK ELOPURA (BESTARI) . nostalgia bahagia , suka duka semua ada disini. lebih kurang macam rancangan astro la, macam-macam ada. tapi astro tu rancangan berbayar, tapi tempat aku bersekolah ni bukanlah rancangan berbayar walaupun yuran yang dibayar oleh ibu bapa dengan rancangan mengINSANkan anak-anak mereka hampir sama dengan bayaran rancangan berbayar. kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sekolah ni adalah semasa mengambil keputusan stpm. kali pertama jatuh cinta,  kali pertama belajar pelajaran xrasmi, semuanya bermula disini. berkenalan dengan orang-orang yang best dalam sekolah ni adalah antara peristiwa yang mana jika ianya boleh berulang , maka akan aku ulang 1001 kali.. kenapa? sebab bercinta, kahwin, jumpa kawan baru, beranak, bercerai boleh terjadi berkali-kali. tapi alam persekolahan berlaku sekali sahaja. umur terakhir bergelar pelajar di sekolah ni ialah 19. cikgu-cikgu yang kool, kawan-kawan yang pelbagai. weyh.... aku rindu semua ni... subuh-subuh mcam ni terasa rindu dengan kenangan-kenangan ni... 6.2.5crew.. aku rindu kamu !

ums lambang puncak jaya (episode 1)

    selepas sahaja selesai menjawab kertas terakhir stpm 2011 , aku xperlu menunggu lama untuk mengiyakan ajakan mamber untuk beraktiviti . tembok bandar sandakan juga yang menjadi pilihan untuk stay. bukan sebab ianya ada satay, jauh skali satay kajang, kerana kajang itu sendiri terletak di luar sandakan. setibanya di sana, aku mula bertukar watak menjadi kalkulator yang mencongak kemungkinan markah dan gred yang bakal diperolehi untuk semua subjek stpm yang aku ambil. was-was, syak wasangka, curiga, dan semua perasaan seumpamanya wujud di dalam benak ini.. eh.. cerita ini hampir mengetepikan watak sampingan.. aku ke sana bersama wanita paling cantik di kg jawa cik masita. beliau merupakan watak yang pintar dan kadang-kadang gemar mendiamkan diri( perkataan kadang-kadang harus digantikan dengan perkataan tidak. barulah ia mengambarkan watak yang sebenar :) weii... dia mamber paling sejati pernah aku kenal. kalaulah korang xpernah jumpa kawan yang sejati, maka berdoalah agar berjumpa dengan manusia yang seumpama dia ni. (bukan mengampu weyh.. memang benar.. lebih terserlah kebenarannya dari kisah benar yang selalu ditayangkan di tv3 tu) . watak sampingan lain yang turut menyertakan diri dalam xtvt hari tu adalah perempuan berhati kalis peluru. cik saba nama dia.. kalau dalam hati ada rama-rama xpayahlah pasang niat jadi sahabat pada dia.. keupayaan sebenar atau kelebihan yang wujud di dalam dirinya ialah mampu melihat sebarang perkara-perkara lucu pada diri seseorang.. aku xtahu kenapa aku boleh jadi kawan pada dia ni.. tapi yang aku tahu.. berkawan dengan dia ni buat perkataan "kawan" lebih bermakna daripada biasa.. aku rasa perkataan kawan xmemberi definisi yang lengkap dan indah pada kamu-kamu semua tanpa adanya watak semacam dia ni dalam list kawan kepada kamu.. haha.. pecah mulut rahsia masih tutup dengan dia ni.. watak sampingan terakhir yang wujud dalam xtvt hari tu ialah encik dimar.. pendiam.. lebat.. simple.. romantik.. sedikit kacak.. namun kekacakannya masih belum mampu untuk di bandingkan dengan watak utama yang mana kemungkinan misinya dilahirkan di dunia ini adalah untuk memberi definisi perkataan kacak itu sendiri,, hahh.. bg senang cerita kawan aku yang sorang ni memang cool.. lebih cool dari cool city mahupun peti ais.. malahan kalau diberi pilihan sama ada mengambil peti ais jenama lg atau punya kawan semacam dia ni.. aku akan pilih dia :) makan burger, minum-minum minuman bebas alkohol (kami-kami ni anak yang baik tau :) bercerita , berjalan dan dengar lagu di tembok antara aktiviti yang berlangsung hari itu. siapa tahu, hari itu adalah antara hari yang aku akan rindu..  tapi.. tapi kenapa bahasa melayu baku ni? hahh.. lantaklah.. weyh, watak-watak sampingan sekalian. kalau la kamu terbaca post ni. aku mau kamu tau.. aku rindu hari tu pada hari ni.. rasanya untuk hari-hari yang akan datang juga :) "bersama melakar sebuah kisah klasik untuk masa depan" . 

p/s:klasiknya sudah terasa masa-masa mcm ni.. (sambil layan nescafe klasik dan lagu pemuja rahasia ) 

kesibukan mengundang habuk

hihihi... eh... eh.... kenapa harus merasa aneh? mungkin kerana sudah lama blog ini bersawang... terbiar dan semakin liar. kesibukan masa kini dan lalu di dalam melalui kehidupan yang bukan sekadar untuk melalui detik-detik meninjau-ninjau blog buatan sendiri.. dan menyediakan post yang boleh menarik mata pemandang yang membaca.. stop mengarut.. sejak kebelakangan ini .. aku semakin banyak mengarut.. entah kenapa.. tekanan jiwa.. tekanan jiwa.. tekanan jiwa..