selamat !

selamat datang..
selamat meneroka...
selamat segala2xnya !

Friday 16 November 2012

ums lambang puncak jaya (episode 2)

  upsr(done) >pmr(done)> spm(done)> stpm(done)>ijazah sarjana muda(in progress)

   setakat ni, masa yang betul-betul aku xdapat lupakan adalah masa-masa tingkatan enam. SMK ELOPURA (BESTARI) . nostalgia bahagia , suka duka semua ada disini. lebih kurang macam rancangan astro la, macam-macam ada. tapi astro tu rancangan berbayar, tapi tempat aku bersekolah ni bukanlah rancangan berbayar walaupun yuran yang dibayar oleh ibu bapa dengan rancangan mengINSANkan anak-anak mereka hampir sama dengan bayaran rancangan berbayar. kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sekolah ni adalah semasa mengambil keputusan stpm. kali pertama jatuh cinta,  kali pertama belajar pelajaran xrasmi, semuanya bermula disini. berkenalan dengan orang-orang yang best dalam sekolah ni adalah antara peristiwa yang mana jika ianya boleh berulang , maka akan aku ulang 1001 kali.. kenapa? sebab bercinta, kahwin, jumpa kawan baru, beranak, bercerai boleh terjadi berkali-kali. tapi alam persekolahan berlaku sekali sahaja. umur terakhir bergelar pelajar di sekolah ni ialah 19. cikgu-cikgu yang kool, kawan-kawan yang pelbagai. weyh.... aku rindu semua ni... subuh-subuh mcam ni terasa rindu dengan kenangan-kenangan ni... 6.2.5crew.. aku rindu kamu !

No comments:

Post a Comment