selamat !

selamat datang..
selamat meneroka...
selamat segala2xnya !

Friday 16 November 2012

ums lambang puncak jaya (episode 1)

    selepas sahaja selesai menjawab kertas terakhir stpm 2011 , aku xperlu menunggu lama untuk mengiyakan ajakan mamber untuk beraktiviti . tembok bandar sandakan juga yang menjadi pilihan untuk stay. bukan sebab ianya ada satay, jauh skali satay kajang, kerana kajang itu sendiri terletak di luar sandakan. setibanya di sana, aku mula bertukar watak menjadi kalkulator yang mencongak kemungkinan markah dan gred yang bakal diperolehi untuk semua subjek stpm yang aku ambil. was-was, syak wasangka, curiga, dan semua perasaan seumpamanya wujud di dalam benak ini.. eh.. cerita ini hampir mengetepikan watak sampingan.. aku ke sana bersama wanita paling cantik di kg jawa cik masita. beliau merupakan watak yang pintar dan kadang-kadang gemar mendiamkan diri( perkataan kadang-kadang harus digantikan dengan perkataan tidak. barulah ia mengambarkan watak yang sebenar :) weii... dia mamber paling sejati pernah aku kenal. kalaulah korang xpernah jumpa kawan yang sejati, maka berdoalah agar berjumpa dengan manusia yang seumpama dia ni. (bukan mengampu weyh.. memang benar.. lebih terserlah kebenarannya dari kisah benar yang selalu ditayangkan di tv3 tu) . watak sampingan lain yang turut menyertakan diri dalam xtvt hari tu adalah perempuan berhati kalis peluru. cik saba nama dia.. kalau dalam hati ada rama-rama xpayahlah pasang niat jadi sahabat pada dia.. keupayaan sebenar atau kelebihan yang wujud di dalam dirinya ialah mampu melihat sebarang perkara-perkara lucu pada diri seseorang.. aku xtahu kenapa aku boleh jadi kawan pada dia ni.. tapi yang aku tahu.. berkawan dengan dia ni buat perkataan "kawan" lebih bermakna daripada biasa.. aku rasa perkataan kawan xmemberi definisi yang lengkap dan indah pada kamu-kamu semua tanpa adanya watak semacam dia ni dalam list kawan kepada kamu.. haha.. pecah mulut rahsia masih tutup dengan dia ni.. watak sampingan terakhir yang wujud dalam xtvt hari tu ialah encik dimar.. pendiam.. lebat.. simple.. romantik.. sedikit kacak.. namun kekacakannya masih belum mampu untuk di bandingkan dengan watak utama yang mana kemungkinan misinya dilahirkan di dunia ini adalah untuk memberi definisi perkataan kacak itu sendiri,, hahh.. bg senang cerita kawan aku yang sorang ni memang cool.. lebih cool dari cool city mahupun peti ais.. malahan kalau diberi pilihan sama ada mengambil peti ais jenama lg atau punya kawan semacam dia ni.. aku akan pilih dia :) makan burger, minum-minum minuman bebas alkohol (kami-kami ni anak yang baik tau :) bercerita , berjalan dan dengar lagu di tembok antara aktiviti yang berlangsung hari itu. siapa tahu, hari itu adalah antara hari yang aku akan rindu..  tapi.. tapi kenapa bahasa melayu baku ni? hahh.. lantaklah.. weyh, watak-watak sampingan sekalian. kalau la kamu terbaca post ni. aku mau kamu tau.. aku rindu hari tu pada hari ni.. rasanya untuk hari-hari yang akan datang juga :) "bersama melakar sebuah kisah klasik untuk masa depan" . 

p/s:klasiknya sudah terasa masa-masa mcm ni.. (sambil layan nescafe klasik dan lagu pemuja rahasia ) 

2 comments:

  1. that day. a day i wont forget.

    ReplyDelete
  2. Do you still remember how we used to be? Staying together, believed whatever and so ever.. huhhhh ; p

    ReplyDelete