selamat !

selamat datang..
selamat meneroka...
selamat segala2xnya !

Monday 19 November 2012

ums lambang puncak jaya (episode 3)

aku masih ingat lagi semasa beberapa minit sebelum pukul 12 tengah hari dimana keputusan stpm boleh di semak menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas atau dalam bahasa mudahnya SMS. bedebar-debar rasa di dalam jiwa nuraga. rasanya lebih berdebar dari berdebarnya perasaan bila kantoi xsiap kerja rumah sejarah oleh guru subjek sejarah yang paling ranggi (cik R). terasa seakan-akan terpijak najis yang paling najis sifatnya di khalayak ramai bila dijerkah sedemikian rupa di dalam kelas, di hadapan rakan-rakan sekelas. tapi.... tapi itu hanya sementara, kerana aku yakin semua orang akan lupa apa yang terjadi pada minit itu selepas beberapa minit kemudian :) aku meyakinkan diri sendiri bahawa bukan aku sahaja yang tidak menyiapkan kerja rumah yang dibekalkan oleh beliau. serasanya persoalan kenapa beliau menerjah aku dan bukannya orang lain tidak patut wujud, kerana aku yakin beliau suka bergurau mesra dgn pelajar kacak seumpama aku.... :) berbalik kepada sms semakan keputusan stpm . aku bersama dengan beberapa orang yang juga merupakan calon stpm 2011 di sekolah yang sama denganku. handphone berbunyi menandakan sms jawapan  kalah mati meminta untuk dibaca. ketiga-tiga kami lulus. cukup-cukup makan. mungkin kalau ianya boleh diumpamakan seperti hidangan, samalah ia seperti nasi dan telur mata lembu. NGMP ku hanya 2.75.. tapi alhamdullillah.. rezeki untuk ke ipta masih dikurniakan kepadaku.. :) terima kasih ya RABB, terima kasih keluarga tercinta, terima kasih barisan guru-guru sk gum-gum kecil, terima kasih guru-guru smk elopura(b) terima kasih kawan-kawan....

p/s:UMS LAMBANG PUNCAK JAYA ;)

No comments:

Post a Comment